佳礼资讯网

 找回密码
 注册

ADVERTISEMENT

查看: 57903|回复: 115

【纪念当年的帖子(2010)】BM讨论发问专区 ~高手也请帮忙吧~

  [复制链接]
发表于 6-5-2010 05:40 PM | 显示全部楼层 |阅读模式
本帖最后由 makopl 于 13-12-2018 12:38 PM 编辑

这里有BM资料,想分享罢了~有问题大家也一起讨论吧!先给rumusan的~

1.   Memahami petikan.
Anda mungkin perlu membaca 2 kali untukmemahami petikan tersebut. Petikan yang akan diberikan mungkin berupa rencanaakhbar atau majalah, ucapan, syarahan, cerpen, laporan, dialog, dan sebagainya.

2.   Menentukan kehendak soalan.
Pastikan jumlah kata yang dikehendaki.Misalnya, ... tidak melebihi 100 patah kata, atau ...tidak kurang daripada120 patah kata, atau... antara 100 hingga 120 patah kata, dan sebagainya.Anda juga perlu memastikan skop rumusan yang diarahkan (sekiranya ada).Misalnya, ...punca berlakunya..., atau kesannya..., atau usaha mengatasinya.....Hal ini kerana dalam petikan yang diberikan itu mungkin terdapat beberapaskop sedangkan anda dikehendaki membuat rumusan bagi skop yang tertentusahaja.

Contoh Soalan merumus petikan.

Arahan Soalan: Baca petikan di bawah ini denganteliti kemudian buat suatu rumusan tentang usaha-usaha untuk mengatasimasalah melepak di kalangan remaja. Panjang rumusan anda hendaklah antara100 hingga 120 patah perkataan.

Fikir:  i.  Apakah skop rumusan yangdikehendaki?
        ii.  Berapa patah perkataan ?

3.   Menulis rumusan
Tulislah rumusan anda dalam 3 atau 4 perenggan(walaupun jumlah perenggan tidak ditetapkan). Misalnya:

Perenggan 1 : Pengenalan
Pengenalan ialah sebaris ayat yang mengaitkankehendak soalan dengan petikan secara umum. Contoh i.
Petikan ini berkenaan dengan  punca-puncakebakaran dan cara-cara mengelak daripada berlakunya kebakaran.

Contoh ii
Petikan ini membincangkan langkah-langkah mengurangkan masalah ponteng di kalangan pelajar dan kepentingannya.ATAU

Contoh iii
Petikan ini tentang perkembangan teknologi maklumatdan kesannya terhadap masyarakat Malaysia.

Antara kelemahan-kelemahan calon ketika menulisayat pengenalan ialah:
i. Tidak memasukkan skop sampingan. Contoh:
Petikan itu membincangkan kebaikan penswastaan(1markah) dan pelaksanaannya di negara kita. (1 markah lagi)
ii. Menulis skop sampingan yang sama makna. Contohetikan itu membincangkan kebaikan penswastaan dan faedah-faedahnya kepadamasyarakat kita. (Kebaikan=faedah=kepentingan)
iii. Melakukan kesalahan tatabahasa dengan memasukkanperkataan “tentang” selepas perkataan "membincangkan".

Perenggan 2 : Isi tersurat
Isi-isi tersurat dapat ditemui secara langsungdaripada petikan. Mengesan isi-isi tersurat samalah seperti mengesan isi-isipenting daripada petikan yang diberikan. Cuba dapatkan antara 2 hingga6 isi tersurat daripada petikan.

** kebanyakan calon didapati tidak menulis ayat pertama dalam perenggan isi yang menunjukkan mereka menjawab soalan sebaliknya menulis sesuatu yang berbentuk pernyataan umum.contoh ayat pertama dalam perenggan isi yang menunjukkan calon menjawab soalan adalah seperti berikut:
-Antara punca-punca masalah melepak ialah....atau
-Masalah ponteng didapati berpunca daripada...atau
-Perlumbaan motosikal secara haram didapati telah mengakibatkan...

Perenggan 3 : Isi Tersirat
Isi-isi  tersirat diperolehi melaluitafsiran dan analisis yang kritis. Anda hendaklah menulis isi yang tersuratitu dengan mengambil kira skop atau arahan yang diberikan. Jangan memberikancadangan anda dalam isi tersirat kecuali bagi skop “cara-cara mengatasi”sesuatu masalah.Biasanya isi tersirat menunjukkan implikasi bagi isi tersurat.Anda juga boleh menulis isi tersirat dalam bentuk memberikan penilaian anda tentang sesuatumasalah yang dikemukakan dalam petikan. Cuba dapatkan antara 2 hingga 6 isi tersirat dan tuliskandalam rangka jawapan anda.

Perenggan 4 : Kesimpulan
Dalam bahagian kesimpulan, tuliskan kesimpulananda tanpa menyimpang daripada arahan asal yang terdapat dalam soalan iaitumenurut skop yang diminta. Secara umumnya, kesimpulan tidak jauh berbezadaripada isi tersirat.

( Anda juga boleh menggabungkan perenggan ke2dan ke3 dalam satu perenggan. )

4.   Menyemak rumusan.

Semak rumusan yang telah anda siapkan untuk memastikantiada kesalahan ejaan, kesalahan tanda baca, dan kesalahan bahasa terutamanyakesalahan ayat. Pastikan juga anda tidak menulis melebihi jumlah kata yangtelah dihadkan. Hal ini kerana jumlah kata yang melebihi had itu tidakakan dibaca oleh pemeriksa. Anda akan kehilangan markah yang banyak sekiranyamelakukan kesilapan ini.

Sebagai garis panduan anda, perkara-perkara berikutatau golongan kata berikut dikira sebagai satu patah kata:

a. Kata nama Khas seperti nama orang, nama tempat,judul buku, dan sebagainya.
b. Kata ganda seperti tempat-tempat, gunung-ganang,rumput-rampai, dan sebagainya.
c. (Kata majmuk seperti luar bandar, mengambilalih, mengenal pasti, lebuh raya, dan sebagainya.)
d.  Tarikh dan angka.
e. Cogan kata, dan simpulan bahasa.

Setelah selesai menyemak, tulislah jumlah katadi dalam kurungan di sebelah kanan di bawah rumusan anda.

5. Penanda Wacana.
Untuk mendapatkan kesinambungan antaraayat dengan ayat, anda hendaklah menggunakan penanda wacana yang sesuaidan letakkan tanda koma setiapkali selepas anda menulis penanda wacana.Misalnya :

Di samping itu, ...
Namun begitu, ...
Oleh hal yang demikian, ...
Tambahan pula, ...
Sungguhpun begitu, ...
Dalam pada itu, ...

6. Jumlah Kata

Jika jumlah kata anda kurang daripada yang dikehendaki,lakukanlah penambahan kata yang perlu sebaliknya jika jumlah kata andaberlebihan, lakukanlah pengurangan kata dengan mengeluarkan isi-isi yangdifikirkan tidak begitu penting.

7. Tulisan

Tulislah dengan jelas dan dalam bentuk yang mudahdibaca.



LATIHAN MERUMUS 1/99
Pemarkahan:
Markah penuh = 30
Yang perlu ada dalam rumusan anda ialah perkara-perkaraseperti berikut:
1. Pengenalan - 2 markah
2. Isi tersurat - 2 markah setiap satu isi yanglengkap (minimum 2 isi= 4markah, maksimum 6 isi =12 markah)
3. Isi tersirat - 2markah setiap satu isi yanglengkap (minimum 2 isi= 4markah, maksimum 6 isi =12 markah)
(Isi tersurat + isi tersirat= 8 isi = 2+6 atau3+5, atau 4+4, dan seterusnya)
3. Penutup/kesimpulan - 2markah  bagi isiyang betul dan sesuai.

1. CARA MENULIS PENGENALAN DALAM MERUMUS.

PERKARA-PERKARA YANG PERLU DIAMBIL PERHATIANUNTUK MENGHASILKAN PENGENALAN YANG BAIK.

1. Biasanya pengenalan dalam merumus mempunyai2 bahagian dan calon diberi 1markah bagi setiap bahagian.
2. Calon hendaklah menulis pengenalan denganberpandukan arahan dalam soalan. Contoh soalan:
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudianbuat satu rumusan tentang peranan pihak swasta untuk memajukan ekonominegara Malaysia.

Setelah membaca petikan itu, anda mungkin akanmenulis pengenalan itu seperti berikut:
Contoh:

a. Petikan tersebut membincangkan peranan pihakswasta untuk memajukan ekonomi negara Malaysia dan pelaksanaannya.ATAU
b. Petikan tersebut membincangkan peranan pihakswasta untuk memajukan ekonomi negara Malaysia dan sambutannya terhadapmasyarakat. ATAU
c. Petikan tersebut tentang peranan pihakswasta untuk memajukan ekonomi negara Malaysia dan cabaran-cabaran yangdihadapi dalam peringkat pelaksanaannya.
(tulislah mana-mana isi tambahan yang sesuaidengan petikan yang diberikan itu)

Contoh-contoh yang lain adalah seperti yang berikut:

a. Petikan tersebut membincangkan masalah sosialdi kalangan masyarakat di Malaysia dan kesannya terhadap ekonomi negara.
b. Petikan menjelaskan peranan media elektronikdi negara kita dan pengaruhnya terhadap masyarakat remaja.
c. Petikan membincangkan masalah jerebu di Malaysiadan usaha-usaha yang telah dijalankan untuk mengatasinya.

PERHATIAN
3. Pastikan anda tidak menulis isi tambahan yangtidak ada kaitan dengan petikan.
4. Pastikan anda tidak menulis isi tambahan yangmempunyai sama makna atau sama maksud dengan isi utama seperti yang terdapatdalam arahan soalan. Misalnya begini:

a. Petikan membincangkan kebaikan penggunaan komputerdan faedah-faedahnya. (1 markah sahaja, kerana perkataan kebaikan denganperkataan faedah mempunyai maksud yang sama)

b. Petikan membincangkan unsur-unsur negatif dalaminternet dan keburukannya. (1 markah)

评分

参与人数 1人气 +5 收起 理由
sherlock87 + 5 谢谢分享

查看全部评分

回复

使用道具 举报


ADVERTISEMENT

发表于 6-5-2010 06:28 PM | 显示全部楼层
这里有BM资料,想分享罢了~有问题大家也一起讨论吧!先给rumusan的~
1.   Memahami petikan.
Anda mungk ...
saltan_ying 发表于 6-5-2010 05:40 PM



你真的很有心帮助我们一下
谢谢你拉
回复

使用道具 举报

发表于 6-5-2010 07:01 PM | 显示全部楼层
我也来提供下:
写KARANGAN 技巧。
这个是我老师教的,你们就看看下吧,给你们参考下。
BAGAIMANA MENULIS PERENGGAN ISI YANG BAIK!!!
1.Terdapat isi pokok.(idea utama) (*)
2.Setiap isi pokok mesti dihuraikan dengan lengkap, matang, bernas yang terdiri daripada:
a) Huraian isi pokok(A)-2 ayat
b) Huraian sokongan(B)-2 ayat
c) Bukti/contoh(C)-2 ayat (contoh biasa+ statistik)
d) Cadangan (D)
e) Rumusan: penegasan isi pokok(E)
f) Jangan lupa menyelitkan peribahasa yang sesuai!!! (satu karangan mesti ada sekurang-kurang satu peribahasa)

Contoh:
Pentingnya ilmu kepada generasi muda.
       (*)Generasi muda mampu menjauhkan diri daripada gejala sosial yang semakim menular.(A) Dalam konteks ini, ilmu pengetahuan dapat membina perisai diri yang kukuh dan mapan dalam kalangan generasi muda. (A) Seseorang yang berilmu pengetahuan akan dapat berfikir secara rasional, di samping berupaya menilai kebaikan atau keburukan sesuatu perkara. (B) Dengan ini, kemelut sosial yang merupakan barah dalam masyarakat akan dapat dibendung. (B) Selanjutnya, masyarakat bermoral dapat dibentuk dan rakyat akan hidup sejahtera. (C) Memang tidak dinafikan bahawa kebanyakan generasi muda yang terjebak dalam kancah sosial merupakan golongan yang kurang berpendidikan. (C) Mereka tidak berminat untuk meneruskan pelajaran dan mudah terdorong untuk melakukan pelbagai masalah sosial dan jenayah. (C) Statistik menunjukkan bahawa 7.51juta penduduk Malaysia terdiri daripada golongan remaja. (D) Oleh sebab itu, ilmu pengetahuan perlu diberikan kepada generasi muda sebagai langkah mencegah penularan masalah sosial. Seterusnya, mereka mampu menjadi aset yang dapat membangunkan negara, bak kata peribahasa pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. (E) Maka, jelaslah bahawa pencapaian akademik adalah penting sebagai tapak yang kukuh dalam usaha membentuk jati diri individu bagi melahirkan insan yang bebas daripada sebarang gejala sosial.
回复

使用道具 举报

发表于 7-5-2010 08:42 PM | 显示全部楼层
http://bmspm.net/
里面有很多关于spm国语问答技巧
回复

使用道具 举报

 楼主| 发表于 8-5-2010 01:35 PM | 显示全部楼层
我也来提供下:
写KARANGAN 技巧。
这个是我老师教的,你们就看看下吧,给你们参考下。
BAGAIMANA MENUL ...
walrein_lim88 发表于 6-5-2010 07:01 PM


谢谢你提供的资料哦~
还有谢谢kenny92year提供的网址,很不错哩~
回复

使用道具 举报

发表于 8-5-2010 01:59 PM | 显示全部楼层
我想问你们关于rumusan的~
1)第2段的isi tersurat在petikan里面得到的isi是要照抄还是改一些字??
2)rumusan的pemahaman的第2题问题通常是在文中找答案的,这是要照抄还是改一些字阿?

因为补习老师和老师说法都不一样,所以想问下各位~谢谢
回复

使用道具 举报

Follow Us
 楼主| 发表于 8-5-2010 02:48 PM | 显示全部楼层
今天就放~contoh Rumusan~不过因为是Form 5的会比较难一点~
Soalan Rumusan Tingkatan 5
Soalan Rumusan 1:
Baca petikan diberi. Buat satu rumusan tentang cabaran-cabaran ekonomi Malaysia pada abad ke-21 dan langkah untuk menanganinya. Panjang rumusan hendaklah tidak lebih daripada 120 patah perkataan.
_________________________________________________
Malaysia merupakan sebuah negara sedang membangun yang sebaris dengan negara-negara lain termasuk Indonesia, India, Maxico dan sebagainya. Dasar utama Malaysia adalah berpaksikan ekonomi pertanian dan disokong pula oleh sektor perindustrian. Dalam kalangan negara dunia ketiga ini, Malaysia kelihatan mendahului rakan-rakan seangkatan dalam bidang ekonomi serantau. Meskipun begitu, terlalu banyak ranjau dan duri yang terpaksa ditempuh oleh negara kerdil ini bagi bersaing dalam dunia globalisasi.
Memandangkan sumber ekonomi negara masih bergantung pada sektor pertanian maka turun naik harga barang-barang pertanian kerap kali menjejaskan keutuhan ekonomi negara. Penurunan harga getah dan kelapa sawit baru-baru ini umpamanya, mengakibatkan negara kehilangan hampir 15 peratus daripada sumber pendapatan negara kasar. Hal ini turut menjejaskan perkembangan sektor-sektor yang lain di negara kita. Malaysia juga menghadapi tekanan yang hebat akibat persaingan daripada negara lain dalam pengeluaran hasil pertanian. Keadaan ini menambahsulitkan lagi langkah kerajaan untuk memulihkan ekonomi negara dalam tempoh kegawatan ini.

Selain itu, oleh sebab Malaysia merupakan pengeluar baru dalam industri pembuatan, pasaran bagi hasil keluaran industri Malaysia oleh negara-negara lain di dunia secara umumnya masih terhad dan terlalu kecil. Keadaan ini telah menyebabkan peningkatan dari segi kos pengeluaran yang agak tinggi berbanding dengan negara industri yang telah lama bertapak seperti Jepun dan Amerika Syarikat. Bagi negara maju tersebut, pasaran mereka terbuka luas disebabkan sikap dan nilai masyarakat dunia yang telah sedia mengenali mutu atau kualiti barangan yang dikeluarkan oleh negara-negara ini.
Pada sekitar tahun 2006, peningkatan harga minyak turut menjejaskan ekonomi negara apabila harga minyak dunia melambung pada harga melebihi 130 Dolar setong. Akibat kenaikan sumber utama pengeluaran ini, banyak kilang dan syarikat besar di Malaysia menghadapi masalah dan kesannya banyak daripada syarikat ini yang terpaksa gulung tikar. Pada masa yang sama, kemelut yang berlaku akibat sekatan pengekspotan barang-barang keluaran Malaysia oleh negara-negara besar terutamanya Amerika Syarikat menyebabkan ekonomin Malaysia bertambah parah. Hal ini berlaku kerana dasar Amerika yang ingin melindungi sektor perindustrian di negara tersebut.

Dalam keadaan kegawatan ekonomi yang masih berterusan dan tidak diketahui penghujungnya ini, ekonomi negara semakin membimbangkan apabila beberapa negara besar menghentikan pembelian barang-barang keluaran Malaysia akibat mengalami masalah kewangan global. Hal ini bukan sahaja merencatkan sumber pendapatan kasar negara malah pada masa yang sama turut mengancam kedudukan pengeluar industri di Malaysia. Jumlah pelabur luar Negara yang semakin berkurangan turut mengecilkan aliran modal tunai dalam pasaran ekonomi Malaysia. Hal inilah yang perlu diambil perhatian oleh pentadbiran negara yang baru demi menyelamatkan ekonomi Malaysia agar terus menuju ke arah sebuah negara maju.
JAWAPAN:
Rencana tersebut membincangkan masalah-masalah ekonomi yang dihadapi oleh negara Malaysia pada abad ke-21.Di antara cabaran ekonomi yang dihadapi oleh Malaysia ialah harga hasil pertanian yang tidak stabil menjejaskan keutuhan ekonomi negara. Persaingan dengan negara pengeluar hasil pertanian lain juga turut menjadi cabaran negara. Pada masa yang sama, pasaran hasil industri negara adalah kecil dan terhad. Selain itu, kenaikan harga petroleum turut menjejaskan syarikat tempatan di Malaysia. Hal ini ditambah pula oleh sekatan pengekspotan barangan Malaysia oleh negara besar. Malaysia juga menghadapi cabaran kerana jumlah pelabur asing yang semakin berkurangan.

Justeru, bagi menangani masalah ini, kerajaan telah mencari pasaran baru di negara-negara timur yang lain. Kualiti hasil keluaran industri negara turut ditingkatkan. kerajaan juga mengadakan promosi hasil keluaran industri tempatan secara besar-besaran.

Kesimpulannya,semua pihak perlu bekerjasama bagi mengatasi cabaran-cabaran ekonomi negara agar dapat bersaing pada peringkat global.
Soalan Rumusan 2:


Baca petikan di bawah. Buat satu rumusan tentang keburukan-keburukan merokok dan kekangan mengatasi masalah merokok dalam kalangan pelajar. panjang rumusan hendaklah tidak lebih daripada 120 patah perkataan.

______________________________________________

Bagi sesetengah pihak, merokok umpama makanan harian yang tidak dapat dipisahkan. Ada juga dalam kalangan mereka yang mengaitkan perbuatan menghisap rokok sebagai status yang menunjukkan seseorang individu tersebut telah matang atau sebagai melambangkan imej yang bersifat kemegahan. Biar apapun pandangan dan pendapat daripada individu tersebut, seluruh makhluk yang mampu berfikir dengan waras tetap berpandangan bahawa perbuatan menghisap rokok adalah sesuatu yang perlu dielakkan kerana perbuatan ini merupakan satu pembaziran wang secara jelas, apatah lagi dengan kenaikan harga rokok yang melambung tinggi. Rokok yang dibakar adalah umpama membakar wang kertas yang sepatutnya dapat digunakan untuk tujuan lain yang lebih berfaedah.

Ramai sedia maklum bahawa menghisap rokok menjadi punca pada pelbagai penyakit yang digolongkan dalam kategori penyakit berbahaya. Antaranya, penghisap rokok terdedah pada penyakit kanser paru-paru dan penyakit jantung. Kedua-dua penyakit berbahaya ini telah diisytiharkan sebagai pembunuh nombor satu negara. Perokok bukan sahaja membahayakan diri mereka sendiri malah pada masa yang sama turut membahayakan kesihatan keluarga mereka dan orang lain di sekeliling mereka. Asap rokok yang dikeluarkan setelah dihisap adalah lebih berbahaya kepada orang lain dan kesannya adalah sama dengan siperokok.

Bau busuk yang dikeluarkan oleh penghisap rokok juga boleh mengganggu keselesaan orang lain sehingga dapat menjejaskan pergaulan siperokok dengan orang lain. Hal ini sudah pasti akan menimbulkan suasana yang kurang selesa malah menjejaskan komunikasi seseorang. Bayangkanlah jika anda terpaksa berhadapan dengan siperokok dalam suasana tempat menjamu selera tertutup dan berhawa dingin! Oleh itu, kerajaan telah menguatkuasakan undang-undang bagi melarang orang ramai menghisap rokok ditempat-tempat awam dan di premis-premis kerajaan.

Bagi siperokok, masalah yang timbul ialah mereka akan menghadapi gejala ketagihan yang bukan mudah untuk diatasi. Hanya dengan usaha dan azam yang kuat sahaja perlakuan ini mampu dibanteras tetapi menurut kajian yang dijalankan oleh FOMCA hanya 12 peratus sahaja daripada jumlah yang ingin berhenti merokok mampu berbuat demikian. Sementara itu, pihak Bomba dan Penyelamat Malaysia menganggarkan jumlah kebakaran yang disebabkan oleh api rokok di negara kita mencecah hampir 23 peratus daripada punca kebakaran yang berjaya diselesaikan. Hal ini berpunca daripada sikap perokok yang suka membuang puntung rokok di merata-rata tempat.

Natijahnya, merokok bukanlah sesuatu yang perlu dibanggakan. Bukan juga simbol yang menunjukkan kedewasaan tetapi sikap negatif yang menggambarkan ketidakwarasan seseorang individu. Justeru, katakan tak nak untuk sebatang rokok!
JAWAPAN:
Petikan membincangkan kesan negatif akibat merokok.


Merokok mendatangkan keburukan kerana perbuatan ini merupakan satu bentuk pembaziran. Selain itu, merokok juga boleh menyebabkan pelbagai penyakit berbahaya. Perbuatan ini turut membahayakan kesihatan orang lain di sekeliling mereka. Pada masa yang sama, merokok menyebabkan orang lain berasa tidak selesa serta mengganggu komunikasi. Perbuatan ini juga boleh menyebabkan ketagihan yang amat sukar untuk dihentikan. Malah, puntung rokok yang dibuang merata-rata boleh mengakibatkan kebakaran.


Walau bagaimanapun terdapat kekangan untuk menghindarkan tabiat merokok dalam kalangan pelajar iaitu sikap pekedai yang masih menjual rokok kepada remaja bawah 18 tahun. Tindakan penguatkuasaan yang tidak tegas  turut menghalang usaha membanteras tabiat ini.


Kesimpulannya, semua pihak harus berganding bahu agar masalah merokok dalam kalangan pelajar dapat diatasi bagi melahirkan generasi yang sihat.



回复

使用道具 举报

 楼主| 发表于 8-5-2010 02:48 PM | 显示全部楼层
Soalan Rumusan 3:

Baca petikan di bawah dan tulis rumusan tentang faedah-faedah membeli barang-barang buatan tempatan dan cabaran yang dihadapi oleh barang-barang tempatan. Panjang rumusan anda hendaklah tidak lebih 120 patah perkataan.

_____________________________________________
Pada tahun 1986, Malaysia telah berjaya mengeluarkan kereta nasional sendiri yang dinamakan Proton Saga. Sejak tarikh tersebut, promosi secara besar-besaran dilaksanakan bagi menggalakkan rakyat negara ini membeli dan menggunakan barangan tempatan bukan sahaja terhadap kereta nasional tersebut malah bagi semua hasil keluaran industri tempatan. Promosi pertama mengajak rakyat membeli dan menggunakan barangan tempatan ini telah berjaya meningkatkan pasaran bagi hasil keluaran industri di Malaysia sekali gus menjana ekonomi negara.

Membeli barangan tempatan dan menggunakannya bukanlah sesuatu yang harus dipandang aneh. Hal ini disebabkan mutu atau kualiti barangan tempatan adalah setanding dengan hasil keluaran yang dijual oleh negara-negara lain. Malah keluaran tempatan mampu diakui kualitinya kerana pembikinannya adalah berkonsepkan kemalaysiaan. Pada masa yang sama, pembelian barangan tempatan dapat mengurangkan pembelian barang-barang yang setara dari luar Negara. Sebagai contohnya, dengan membeli kereta nasional, negara kita dapat mengurangkan pembelian kereta import dari Jepun dan Amerika syarikat. Dengan cara itu, negara telah berjaya mengurangkan aliran wang negara kita daripada keluar ke negara lain. Hal ini sudah pasti mampu menambah nilai tambah hasil industri di Malaysia.

Pembelian barangan tempatan oleh rakyat sendiri juga mampu menggalakkan pertumbuhan kilang-kilang dalam sektor perindustrian negara. Hal ini dapat menjamin kemajuan industri secara berterusan. Dalam keadaan seperti ini, kilang-kilang yang dibuka akan dapat menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan dan sekali gus mampu mengurangkan kadar pengangguran di negara kita. Memandangkan jumlah penduduk Malaysia telah mencecah 27 juta orang pada tahun 2008, perkembangan industri adalah amat penting bagi menyediakan peluang pekerjaan terutamanya kepada golongan lepasan sekolah dan lepasan pusat pengajian tinggi.

Usaha yang dimulakan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir untuk mempromosikan barangan buatan tempatan perlu diteruskan bagi memantapkan kepercayaan rakyat agar barangan tempatan terus diguna pakai. Pembelian dan penggunaan barangan tempatan sepatutnya menjadi kebanggaan rakyat. Mereka juga akan lebih beruntung kerana dapat membeli barangan tempatan dengan harga yang lebih rendah berbanding dengan harga barangan import, sedangkan mutu serta kualitinya adalah sama. Justeru, bagi rakyat yang cinta akan negara, saranan kerajaan agar menggunakan barangan tempatan perlulah disambut baik.
JAWAPAN:
Petikan membincangkan kebaikan-kebaikan membeli barangan tempatan.
Membeli barangan tempatan dapat meningkatkan pasaran hasil keluaran industri di Malaysia sekali gus menjana ekonomi negara. Kualiti barangan tempatan juga adalah setanding dengan hasil keluaran yang diimport. Apabila kita membeli barangan tempatan kita dapat mengurangkan pembelian barangan import. Pada masa yang sama, tindakan itu dapat mengurangkan aliran wang keluar negara. Selain itu, membeli barangan tempatan dapat menggalakkan perkembangan industri tempatan. Pembeli juga beruntung kerana harga barangan tempatan lebih murah.

Sementara itu, cabaran bagi barangan tempatan termasuklah sikap rakyat yang gemar mengagung-agungkan barangan import. Barangan tempatan juga sukar menembusi pasaran antarabangsa.

Kesimpulannya, rakyat Malaysia perlu mengutamakan barangan tempatan agar pasaran barangan tersebut mampu menempuhi pasaran antarabangsa.
Soalan Rumusan 4:

Baca petikan yang diberi di bawah dan tulis satu rumusan tentang ciri-ciri masyarakat majmuk di Malaysia dan langkah menggalakkan perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk tersebut. Panjang rumusan hendaklah tidak lebih 120 patah perkataan.

___________________________________________

Malaysia sebuah negara yang unik berbanding dengan negara-negara lain di seluruh dunia. Bukan sahaja muka buminya dipenuhi dengan keindahan semula jadi yang menggamit kehadiran pelancong, malah masyarakatnya juga dilihat amat menarik. Ramai pengkaji antropologi dan sosiologi berpendapat bahawa kajian masyarakat Malaysia akan menemukan keseronokan jika kajian tersebut dijalankan dengan baik. Masyarakat Malaysia adalah masyarakat majmuk kerana terdiri daripada berbilang-bilang kaum iaitu Melayu, Cina dan India. Selebihnya ialah masyarakat daripada keturunan campuran akibat asimilasi masyarakat tempatan dengan pendatang awal di Tanah Melayu.

Selain itu, keunikan masyarakat majmuk di negara ini dapat dilihat melalui penggunaan satu bahasa iaitu bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan atau bahasa rasmi. Bahasa inilah yang berfungsi sebagai bahasa komunikasi di antara masyarakat tersebut. Penggunaan bahasa ini membolehkan masyarakat majmuk di Malaysia hidup dalam suasana harmoni dan aman damai. Sikap mementingkan diri seolah-olah tidak wujud dengan amalan semangat dan sikap toleransi serta saling hormat-menghormati di antara pelbagai kaum. Keadaan seperti ini hampir tidak wujud di negara lain termasuk di negara maju seperti Amerika Syarikat mahupun di negara-negara Eropah serta Afrika Selatan.

Masyarakat majmuk di Malaysia juga bercirikan semangat perpaduan yang jitu sehingga wujud kerjasama yang erat sesama mereka. Kerjasama ini dapat dilihat baik dalam apa-apa juga bidang termasuk dalam bidang ekonomi dan sosial. Masyarakat yang berbilang kaum itu juga mengamalkan budaya ibunda yang berbeza seperti perayaan, makanan dan pakaian. Namun begitu setiap kaum menghormati budaya kaum lain tanpa rasa janggal mahupun berasa kelainannya. Kehidupan masyarakat majmuk di Malaysia secara umumnya dipandu oleh kebebasan untuk mengamalkan budaya asal kaum tertentu tanpa sebarang halangan. Namun begitu, agama Islam diterima sebagai agama rasmi negara dengan agama yang lain bebas untuk diamalkan oleh setiap penganut.

Dari sudut kepercayaan, setiap masyarakat dibenarkan hidup dalam budaya asal mereka mengikut kaum masing-masing. Namun pada waktu yang sama, setiap kaum turut menghormati kepercayaan dan agama yang dianuti oleh kaum lain. Keunikan inilah yang menjadikan daya tarikan masyarakan dari negara lain untuk belajar sesuatu yang menarik tentang Malaysia.
JAWAPAN:
Petikan membincangkan sifat-sifat masyarakat majmuk di Malaysia.
Antara ciri masyarakat majmuk di Malaysia adalah terdiri daripada berbilang-bilang kaum iaitu Melayu, Cina dan India. Selain itu, mereka menggunakan bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan. Setiap kaum juga mengamalkan sikap toleransi serta saling menghormati. Masyarakat majmuk di Malaysia juga bercirikan semangat perpaduan yang jitu. Di samping itu, setiap kaum bebas mengamalkan budaya dan kepercayaan masing-masing. Pada masa yang sama, setiap kaum menghormati kebudayaan kaum lain tanpa berasa janggal.

Perpaduan kaum dapat dibentuk melalui sistem pendidikan bersepadu sejak di sekolah rendah. Perpaduan juga dapat dibentuk melalui semangat kerjasama antara kaum.

Kesimpulannya, setiap kaum di Malaysia perlu bersatu padu agar masyarakat majmuk di negara kita dapat hidup dengan harmoni.
这些都不错下的~
回复

使用道具 举报


ADVERTISEMENT

 楼主| 发表于 8-5-2010 03:16 PM | 显示全部楼层
我想问你们关于rumusan的~
1)第2段的isi tersurat在petikan里面得到的isi是要照抄还是改一些字??
2)rum ...
starzz28 发表于 8-5-2010 01:59 PM


第二段的isi tersurat通常抄了最好改掉一些可以代替的字,比如:
Tugas 1: Punca-punca lambakan barang-barang tiruan di negara ini.
(petikan的)Penjualan barangan tiruan kian berleluasa kerana dipayungi oleh sindiket(集团) besar dengan modal yang banyak.
然后答案是:Selain itu/Bukan begitu sahaja/Seterusnyna/Di samping itu,penjualan barangan tiruan semakin berkuasa kerana disokong oleh sindiket besar dengan modal yang banyak.
Pemahaman soalan2 通常是看题目修改句子咯~如:
题目:(ii)Nyatakan cabaran yang dihadapi oleh pihak berkuasa untuk membanteras lambakan barang tiruanan di negara ini.
(petikan的)Pertambahan kontena barangan yang sampai di pelabuhan dan di lapangan terbang menjadi satu cabaran kepada pihak berkuasa untuk mengenal pasti isinya.
答案:Cabaran yang dihadapi oleh pihak berkuasa untuk membanteras lambakan barang tiruanan di negara ini ialah kontena barangan yang sampai di pelabuhan dan di lapangan terbang semakin bertambah.
总而言之rumusan的东西多多少少都要改一些就对了~(如果不确定就照抄咯~)
回复

使用道具 举报

发表于 8-5-2010 05:52 PM | 显示全部楼层
谢谢哦~~
最后一段是写cadangan 然后到hasil 么??
回复

使用道具 举报

 楼主| 发表于 11-5-2010 04:17 PM | 显示全部楼层
对啦~
回复

使用道具 举报

发表于 12-5-2010 04:31 PM | 显示全部楼层
我也来提供一下了
给今年考junepaper的朋友们
这个是我网站找的focustips 的komsas

prosa(moden)
annyss sophillea
Lambaian malar hijau
serunai malam

prosa(klasik)
sabor

Puisi
Pantun kiasa
seloka pak kaduk
derita pertama
jalan raya di kotaku
dunai pentafsir
di ruang hemanya

ttbhs
3b)kemungkinaan
1)cakap ajuk dan cakap pindah
2)Gabung ayat tunggal menjadi ayat majmuk
3)tentukan cata dan frosa dlm ayat
cth: senaraikan kata kerja transitif dlm ayat diberi
4)analisi bentuk ayat
Cth: nyatakan satu ayat majmuk komplemen drpd petikan

准不准
别臭骂我了
我也是好心
回复

使用道具 举报

发表于 21-5-2010 02:06 PM | 显示全部楼层
回复 6# starzz28


   
第2段的isi tersurat在petikan里面得到的isi是要照抄还是改一些字??
2)rumusan的pemahaman的第2题问题通常是在文中找答案的,这是要照抄还是改一些字阿?

isi tersurat在petikan里面得到的isi抄不必改。。。
rumusan的pemahaman的第2题问题也是抄,不必改。。。(如果没记错)希望能帮到你,加油!!!
回复

使用道具 举报

发表于 6-6-2010 10:41 AM | 显示全部楼层
回复 10# starzz28


    哈咯。。大家好。。我是刚加入的会员。。请多多指教。。。我国语很差。。。谁可以帮帮我吗?我今年spm。。我怕国语不及格。。请问谁可以教我国语?帮帮忙。。
回复

使用道具 举报

发表于 7-6-2010 09:16 PM | 显示全部楼层
回复  starzz28


    哈咯。。大家好。。我是刚加入的会员。。请多多指教。。。我国语很差。。。谁可以 ...
huanhuan11 发表于 6-6-2010 10:41 AM


哇,这位同学,你就这样突然冒出一句:谁可以教我国语?

至少应该提出问题吧..加油..
回复

使用道具 举报

发表于 8-6-2010 02:28 PM | 显示全部楼层
回复 15# 乙劍真人


    对不起。。对不起。。。我的国语作文和tatabahasa那些比较弱。。。
回复

使用道具 举报


ADVERTISEMENT

发表于 8-6-2010 02:33 PM | 显示全部楼层
[quote]回复  乙劍真人


  komsas
回复

使用道具 举报

发表于 13-6-2010 06:28 PM | 显示全部楼层
我最担心的是peribahasa... 有时候不懂要写什么。白白丢掉6分...
回复

使用道具 举报

发表于 14-6-2010 10:28 PM | 显示全部楼层
rumusan isi tersurat 如果写到六个会不会超过原定数字??
isi tersirat 是自己想???
回复

使用道具 举报

发表于 17-6-2010 09:58 PM | 显示全部楼层
isi tersurat最少不是要六个吗?一个=2分,maximum 12分
isi tersirat是得自己想的
或者你可以从isi那边拿一点线索来想
我老师说就算petikan里面有isi tersirat的isi也不可以抄出来,因为没有分的
回复

使用道具 举报

您需要登录后才可以回帖 登录 | 注册

本版积分规则

 

所属分类: 欢乐校园


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT


版权所有 © 1996-2023 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|IPSERVERONE 提供云主机|广告刊登|关于我们|私隐权|免控|投诉|联络|脸书|佳礼资讯网

GMT+8, 19-4-2024 03:23 PM , Processed in 0.073616 second(s), 25 queries , Gzip On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

快速回复 返回顶部 返回列表