回复 5# Gushiwo84
Selangor Juara Keseluruhan Kejohanan Ping Pong Remaja2010 KUALA LUMPUR: Pasukan Selangorternyata unggul apabila menjadi johan keseluruhan bagi Kejohanan Ping PongRemaja Malaysia Milo ke-30 yang diadakan di sini hari ini. Selangor menduduki tempat pertama keseluruhan daripada 14 pasukan denganmengutip 13 pingat iaitu lapan emas dan lima gangsa, sementara Kuala Lumpurmenduduki tempat kedua dengan mengutip tujuh pingat (satu emas, dua perak danempat gangsa) dan Sarawak di tempatketiga dengan tujuh pingat (empat perak dan tiga gangsa). Pada hari terakhir kejohanan yang diadakan di dewan Sek Men Confucian,Jalan Hang Jebat hari ini, Selangor memenangi acara beregu bawah 15 tahunlelaki dan wanita, serta bawah 17 tahun wanita. Pasukan Selangor dalam acara beregu bawah 15 tahun lelaki yang dianggotaioleh Foo Dunley dan Sung Eng Jen mudah menewaskan lawan mereka, Low Yau Chungdan Leong Jie Wei dari Putrajaya 3-1. Manakala dalam acara bawah 15 tahun wanita pula, Lee Rou You dan Lim Ja Jamenewaskan Ting Ying Hii dan KylieTeo Liyi dari Sarawak, 3-0 bagimemenangi beregu bawah 15 tahun wanita. Selangor juga memenangi acara perseorangan bawah 15 tahun lelaki danwanita apabila Foo Dunley menewaskan lawannya dari Putrajaya, Leong Jie Wei,4-0 bagi acara lelaki, manakala Lee Rou You menewaskan Chew Su Ting dariMelaka, juga 4-0 bagi acara wanita. Bagi acara bawah 17 tahun perseorangan lelaki pula, Chee Kien Ee dariPutrajaya menewaskan Goh Nai Ngee dari Kuala Lumpur, 4-3 dan dalam acara perseoranganwanita pula, Sheryn Yong Shi Yee dari Sarawak tumpas kepada Liew YongXuan, 4-1 dari Perak. Sebelum ini, dalam acara berpasukan, Selangor memenangi acara bawah 17tahun wanita, serta bawah 15 tahun lelaki dan wanita pada Selasa lepas. |