|
发表于 21-6-2008 11:04 PM
|
显示全部楼层
UTM Tawar Kursus Sains Forensik
UNIVERSITI Teknologi Malaysia (UTM) melakar sejarah sebagai universiti pertama di Asia menawarkan kursus Sarjana Sains (Sains Forensik) bagi melahirkan lebih ramai pakar sains forensik, khususnya membantu menyelesaikan siasatan kes jenayah serta pembuktian di mahkamah.
Program oleh Fakulti Sains yang akan ditawar secara kerja kursus mulai Julai ini, akan dilaksanakan melalui kerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UTM, Prof Ir Dr Siti Hamisah Tapsir, berkata seramai 14 penuntut akan menjadi kumpulan pertama menyertai kursus berkenaan. |
|