Saya XXXXX , saya ingin mengetahui mengenai status Program Life Engineering (Program Perkongsian Kos Bil Perubatan) atau nama syarikatnya Crowd Care Sdn Bhd.
Saya tertarik dan melihat program Life Engineering ini adalah program yang sangat membantu orang yang tidak berkemampuan untuk mendapatkan rawatan kemasukkan ke hospital dengan perkongsian yang mampu milik.
Soalan saya apakah status program ini di Bank Negara Malaysia? Saya ada membuat semakan latar belakang syarikat ini yang mana nama syarikat ini ada di senarai pengawasan 23/03/2017 dan rujuk pada senarai terbaru nama syarikat ini telah tiada di senarai pengawasan. Adakah saya sebagai orang awam boleh menyertai program ini? Mohon penjelasan dari pihak BNM
Terima Kasih.
BNM给我的回复 :
Tuan/Puan,
Kami merujuk e-mel tuan/puan mengenai perkara di atas.
Sila maklum bahawa perkara yang dinyatakan dalam e-mel tuan/puan tidak termasuk di bawah bidang kuasa Bank Negara Malaysia (BNM). Pihak BNM hanya mengawal selia penyedia perkhidmatan kewangan seperti institusi perbankan, syarikat insurans, penyedia perkhidmatan pengiriman wang dan institusi kewangan yang diberi lesen oleh BNM di bawah undang-undang dan peraturan yang ditadbir oleh BNM.
Senarai penyedia perkhidmatan kewangan boleh didapati di laman sesawang BNM di pautan berikut: http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=relatedlink&pg=related_link&ac=269
Laman Informasi Nasihat dan Khidmat (BNMLINK)
(Walk-in Customer Service Centre)
Ground Floor, D Block
Jalan Dato' Onn
50480 Kuala Lumpur
Operating Hours: 9.00 a.m. - 5.00 p.m. (Monday - Friday)
Customer Contact Centre (BNMTELELINK)
Bank Negara Malaysia
P.O. Box 10922
50929 Kuala Lumpur
Tel : 1-300-88-5465 (1-300-88-LINK)
(Overseas: 603-2174-1717)
Fax: 603-2174-1515
Web form : eLINK
SMS : 15888
Operating Hours: 9.00 a.m. - 5.00 p.m. (Monday - Friday)
Bank Negara Malaysia
Jalan Dato' Onn
P.O. Box 10922
50929 Kuala Lumpur
General Number : 603-2698-8044 / 2698 9044 / 9179 2888