又是浪费人民的钱
MB N.Sembilan bazir duit bina Pondok Bas ?
PEMBAZIRAN BINA PONDOK BAS DI PORT DICKSON: MB TAHUKAH? Dan salah satu kehebatan yang mahu saya catatkan di sini ialah tindakan berani pentadbiran saudara (MB N.Sembilan) menaburkan wang sebegitu banyak membina tempat menunggu bas yang kosnya kalau diberi kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) boleh membina rumah rakyat miskin setiap satu. Saya pasti kos yang saudara telah laburkan dalam pembinaan tempat menunggu bas ini mencecah jutaan ringgit. Sepanjang jalan, tempat menunggu bas itu tersergam indah, walaupun kebanyakan di antaranya dibina hanya beberapa meter daripada pondok menunggu bas sedia ada yang masih boleh digunakan. |