今天朋友收到来自Bank Negara官员的电邮回复,转载给我:
******************************
Email puan bertarikh 30 Oktober 2012 berkenaan perkara di atas adalah dirujuk.
Mengikut kepada keterangan email, kami dapati bahawa agen syarikat Easy Payment Plan (EPP) menawarkan perkhidmatan kepada pemilik kad kredit untuk melangsaikan jumlah kredit yang telah digunakan daripada bank kad kredit tersebut dengan memberikan pinjaman kepada pemilik kad kredit dimana akhirnya pemilik kad kredit akan hanya berhutang dengan agen syarikat EPP dengan terma baru yang dipersetujui. Untuk tujuan tersebut, pihak agen syarikat EPP perlu mendapatkan butiran akaun pemilik kad kredit untuk mereka membuat penilaian tentang hutang semasa pemillik kad kredit. EPP adalah sebenarnya menjadi ejen kepada pemilik kad kredit dan bulan ejen bank.
Untuk makluman puan, perkhidmatan seperti yang dinyatakan di atas bukanlah di bawah bidangkuasa dan penyeliaan Bank Negara Malaysia (BNM). Walaubagaimanapun, proses pemberian perkhidmatan tersebut memerlukan pihak bank untuk mendedahkan butiran akaun pelanggan yang mana dengan jelasnya melanggar peruntukan kerahsiaan perbankan di bawah Seksyen 97 Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989 (BAFIA). Oleh yang demikian, kelulusan BNM adalah diperlukan sebelum pendedahan maklumat pelanggan dapat dilakukan oleh pihak bank yang terlibat.
Sehubungan dengan itu, adalah dinasihatkan kepada pelanggan supaya mempastikan pihak bank yang menyimpan maklumat pelanggan tersebut telah mendapatkan kelulusan daripada BNM untuk pendedahan maklumat sebelum menggunakan perkhidmatan agen syarikat EPP. Sebagai alternatif, pemilik kad kredit juga boleh memohon terus kepada bank kad kredit mereka untuk menstruktur semula hutang dengan menukarkan hutang kad kredit kepada "term loan" dan mencadangkan jumlah bayaran bulanan yang termampu oleh mereka.
Sekian harap maklum.
******************************
大家来讨论一下~ 到底做了EPP之后,顾客是欠银行还是欠agen?
不管如何,国家银行还是呼吁大家直接向银行商量做restructuring/term loan。 |