佳礼资讯网

 找回密码
 注册

ADVERTISEMENT

查看: 2482|回复: 6

Cerita Bayan Tidak Menurut Kata ibu Bapanya

[复制链接]
发表于 13-8-2011 03:22 AM | 显示全部楼层 |阅读模式
请问谁有这文章的全文?传给我好么?谢谢!
回复

使用道具 举报


ADVERTISEMENT

 楼主| 发表于 13-8-2011 03:29 AM | 显示全部楼层
不限定文章格式,不管是pic, pdf, doc, excel, ppt 都可以。
乐意帮忙的朋友可以留下你的e-mail add 么?
回复

使用道具 举报

发表于 13-8-2011 03:52 AM | 显示全部楼层
CERITA BAYAN TIADA MENURUT KATA IBU BAPANYA


ADALAH seekor bayan tiga ekor anaknya, berdiam ia pada suatu lubang kayu.  Adapun pada pohon kayu itu ada suatu lubang kayu.  Adapun pada pohon kayu itu ada cerpelai beranak anak muda.  Sebermula, adapun anak bayan itu bersahabat derigan anak cerpelai.  Maka kata bayan kepada anaknya, 'Jangan apalah, hai anakku, engkau bersahabal dengan anak cerpelai itu, kerana ia binatang yang tiada tegul setianya!"

Beberapa pula dikatakan oleh ibu bapanya, tiada juga diturut oleh anak bayan itu.  Maka kata bayan pada anaknya, "Engkau ini adalah seperti hikayat anak kera bersahabat dengan anak saudagar, maka ia beroleh kemaluan dan kejahatan daripada tiada menurut kata bapanya."
Maka sahut anak bayan itu, "Hai bapaku, hikayatkanlah supaya kudengar, betapa juga peri hikayat kera itu!  "

Maka kata bapanya, "Ada seekor kera, konon, bersahabat dengan anak saudagar.  Beberapa pun dilarang oleh ibu bapanya, tiada juga didengar oleh kera itu, jadi ia beroleh kejahatan daripada tiada ia menuruti kata bapanya.  Maka senantiasa hari anak kera itu pergi bermain-main dengan anak saudagar itu.  Maka kata bapanya, "Hai anak-anakku, jangan engkau bersahabat dengan anak saudagar itu, kerana ia manusia, kita binatang!"

Maka segata pengajaran ibu bapanya tiada juga diturut oleh anak kera itu.  Sekali peristiwa, pada suatu hari, maka anak kera itu pun bermain-main catur dengan anak saudagar itu.  Maka kalah anak kera, menang anak saudagar.  Maka anak kera itu pun marah lalu dihamburkannya buah catur itu kepada anak saudagar itu.

Syahadan, kepada masa itu orang pun banyak duduk di rumah saudagar itu, maka anak saudagar itu kemalu-maluan ia lalu dihunuskannya pisau daripada pinggangnya dan diparangkannya kepada anak kera itu.  Maka anak kera itu pun melompat, kenalah hujung pisau itu pada lengannya, maka anak kera itu luka sedikit.  Setelah itu, pisau itu pun dicampakkan oleh anak saudagar itu.  Apabila dilihat oleh anak kera pisau itu tercampak di situ, lalu ia pun melompat mengambil pisau itu lalu dilontarkannya kepada anak saudagar itu, maka anak saudagar itu pun luka sedikit.

Sebermula, anak kera itu pun kembalilah ia kepada bapanya.  Setelah dilihat oleh bapanya anaknya luka, maka kata bapanya, 'Kenapa engkau luka itu?"

Maka berceritalah anak kera itu segala perihalnya itu kepada bapanya.  Maka kata bapanya, "Hai anakku, apakah kataku dahulu kepadamu?  Sekarang janganlah lagi engkau bersahabat dan bermain-main dengan anak saudagar itu."

Sungguhpun demikian kata bapanya, tiada jua didengar oleh anak kera itu sedia kala pergi juga ia bermain-main dengan anak saudagar itu.  Adapun luka anak kera itu sudahlah sembuh, tetapi luka anak saudagar itu belum juga sembuh lagi, beberapa pun diubati oleh tabib, tiada juga baik.
回复

使用道具 举报

发表于 13-8-2011 03:53 AM | 显示全部楼层
回复 1# chan_0130


   

Makakata tabib kepada saudagar itu, "Adapun luka anak tuan hamba ini, jikaberoleh hati anak kera itu, sembuhlah."


Setelahanak saudagar mendengar kata tabib demikian, maka katanya, "Meski hambamati sekalipun, bahawa sesungguhnya tiadalah hamba mahu membunuh anak keraitu."


Setelahdilihat oleh saudagar itu luka anaknya itu tiada juga mahu sembuh lagi, makasaudagar itu pun berfikir di dalam hatinya.
"Baiklah, apabila datang anak kera itu, kubunuh."


Syahadan,pada suatu hari, datanglah anak kera itu hendak bermain-main dengan anaksaudagar itu seperti adat sedia kala juga, maka segera ditangkap oleh saudagardan dibunuh akan dia, diambilnya hatinya lalu diubatkan anaknya itu.
Maka luka anak saudagar itu pun sembuhlah.
Den-dkianlah ceritanya.


Makakata bayan itu, "Demikianlah kejahatan orang yang tiada menurut kata ibubapanya."

Sungguhpundemikian kata ibu bapanya akan anak bayan itu bersahabat juga ia dengan anakcerpelai.
Maka pada suatu hari datangseorang kanak-kanak kepada pohon kayu itu.
Maka dilihatnya anak cerpelai lalu ditangkapnya anak cerpelai itu,dibawanya pulang ke rumahnya.
Setelahdilihat oleh cerpelai anaknya diambil orang itu, maka ia pun menangis lakibini.


Kemudian,maka pergilah cerpelai laki bini mendapatkan serigala, seraya mengadukan,katanya, 'Hai serigala, bahawa adalah hamba diam padat suatu lubang kayu, danbayan pun ada bersarang di atas pohon kayu itu!
Maka datang seorang budak ditangkapnyalah akan anak hamba dibawanyapulang.
Sekarang ini kehendakku akananak bayan itu pun, barang daya upaya tuan hamba, minta dilenyapkan jugadaripada mata ibu bapanya.
Berilahbicara akan daku oleh tuan hamba."


Makakata serigala, "jikalau demikian, apabila datang budak itu, janganlahengkau lari, jikalau dekat budak itu, maka engkau larilah sedikit-sedikithingga sampai kepada lubang tempat bayan itu tinggal, apabila dilihat olehbudak itu akan anak bayan itu, nescaya diambilnyalah akan anak bayan itu dengansenangnya."


Hatta,maka budak itu pun datanglah pula.
Makadilihatnya cerpelai itu pun ada lagi, maka diusimya.
Apabila dilihat oleh cerpelai budak itumenghampiri dia, maka ia pun lari perlahan-lahan kepada tempat sarang bayanitu.
Apa kala dilihat oleh budak itusarang bayan itu maka budak itu pun pulanglah ke rumahnya.


Setelahhari pun malamlah, ia pun datang kepada sarang bayan itu.
Lalu ditutupnya lubang bayan itu.
Setelah hari Siang, maka burung bayan itu punhendak keluar, dilihatnya pintu lubangnya tumpat ditutup orang.
Maka kata bayan, "Hai anakku, apatahkataku?
Bahawa sesungguhnya bencana inidaripada cerpelai juga datangnya, tetapi marilah kita muafakat, apabila datangbudak itu hendak mengambil kita, maka kita bermatikan diri kita."

回复

使用道具 举报

发表于 13-8-2011 03:54 AM | 显示全部楼层
本帖最后由 rockyting90 于 13-8-2011 04:00 AM 编辑

Setelah sudah tinggi hari, maka budak itu pun datanglah hendak mengambil bayan itu.  Maka segala bayan itu pun bermatikan dirinya.  Maka pada hati budak itu, "Sungguhlah mati bayan ini, oleh kerana aku lambat datang, lubangnya pun aku tutup; itulah sebabnya maka ia mati."

Lalu dibuangkan ke tanah segala burung bayan itu.  Maka tinggal seekor lagi bayan yang tua itu.

Arkian, setelah bayan yang banyak itu habis jatuh ke tanah berkaparan, maka terbanglah sekaliannya.  Setelah dilihat oleh budak itu akan kelakuan bayan itu, maka ia pun marahlah, lalu turun ke tanah, katanya, "Binatang haram jadah ini, ditipunya kita, pura-pura mematikan dirinya.  Aku lontarkan ke tanah berkaparan seperti bangkai lalu ia terbang habis.  Tetapi baiklah yang tinggal ini kubunuh juga, baharu puas rasa hatiku."

Maka diambilnya bayan tua seekor yang tinggal itu hendak disembelihnya.  Maka kata bayan itu, "Hai budak, jika engkau bunuh aku, tiadalah akan kenyang engkau makan dagingku yang sekepal ini, melainkan engkau jualkanlah aku ini dengan harga dua ribu dinar boleh engkau makan sampai anak cucumu!  Bawalah aku ini kepada raja di dalam negeri ini.  Kudengar ada penyakit sopak pada kaki raja itu dan tangannya.  Aku tahu ilmu tabib.  Akulah mengubati dia."

Setelah didengar oleh budak itu, maka dibawanya bayan itu kepada raja itu.  Apabila tiba ia kepada orang penunggu pintu raja, maka kata budak itu, "Hai penunggu pintu, tuan hamba persembahkanlah kepada raja bahawa adalah hamba berjual seekor burung bayan, tahu ia akan ilmu tabib!  Maka harganya empat ribu dinar."

Maka oleh penunggu pintu itu dipersembahkannya kepada raja.  Maka titah raja, "Bawalah ia masuk."
Setelah sudah budak itu masuk, maka titah raja, "Hai kanak-kanak, hendak dijualkan burungmu itu?  Berapa harganya?"

Maka sembah budak itu, "Empat ribu dinar, tuanku."
Maka titah raja seraya tersenyum, "Berapakah engkau katakan yang tiada layak?  Bukan harganya demikian itu, unggas yang sekepal ini."

Setelah didengar oleh bayan titah raja itu, maka sahutnya, "Hai, raja besar yang berakal, sempuma bicaranya, duli yang maha mulia, belilah juga patik ini, supaya penyakit duli syah alam ini patik ubati!  Insya-Allah Taala nescaya hilanglah penyakit tuanku itu."

Setelah didengar oleh raja demikian itu, maka dibelilah oleh raja dengan harga empat ribu dinar.  Setelah sudah, maka penyakit sopak raja itu pun diubati oleh bayan itu.  Maka penyakit itu pun sembuhlah dengan kurnia Allah Subhanahuwataala, pulanglah seperti dahulu kala dengan sempumanya.  Maka raja pun terlalu amat sukacita melihat penyakitnya sembuh itu.
Hatta, beberapa lamanya maka bayan itu pun berdatang sembah, "Ya tuanku, jikalau ada ampun kumia duli syah alam akan patik, mohonlah dilepaskan patik, kerana patik hendak melihat anak bini patik, kerana lamanya sudah bercerai."
回复

使用道具 举报

发表于 13-8-2011 03:57 AM | 显示全部楼层
Maka titah raja, 'Baiklah, hai bayan budiman!" Lalu dilepaskan baginda akan bayan itu.  Maka ia pun terbanglah kembali kepada anak bininya.

Demikianlah hikayat anak bayan yang tiada menurut kata ibu bapanya, dapat juga kesusahan.
"Ya, Siti yang baik paras, pergilah tuan kepada kekasih tuan kerana hari hampir akan siang."
Maka isteri Khojah Maimun baharulah hendak turun, maka hari pun sianglah.  Maka tiadalah jadi ia pergi.  Maka isteri Khojah Maimun pun duduklah di rumahnya dengan masyghulnya.
Setelah hari malam, maka ia pun memakailah pakaian yang indah-indah, terlalu banyaknya.  Maka ia pergi kepada bayan itu, katanya, "Hai, unggas, beri apalah izin olehmu kerana beberapa lamanya aku menahani berahiku ini, serta lamalah sudah tiada aku berjumpa dengan kekasihku itu!"

Maka kata bayan, "Belumkah tuan bertemu dengan anak raja itu pada malam tadi?  Hai, Siti yang kecil molek, siapa tahu, kalau-kalau suami tuan datang, jadi putuslah asa anak raja itu!  Adalah seperti hikayat seorang zahid dengan pandai kayu dan pandai emas dengan pandai bertenun, maka berjalan keempatnya itu kepada sebuah negeri.  Demikianlah adanya."
Maka kata isteri Khojah Maimun, "Betapakah hikayatnya?"

Maka sahut bayan, "Tiada sungguh tuan hamba ini berahikan anak raja itu, melainkan tuan hamba berahikan hendak mendengar hikayat juga."

Maka kata Bibi Zainab itu, "Sungguhpun aku berahikan anak raja itu, maka adalah yang memberi sejuk hatiku daripada mendengar hikayat beberapa ajaib-ajaib, dan hilanglah berahiku kerana mendengar suaramu berhikayat itu.  Maka sekarang hatiku pun terbelenggulah oleh kata yang merdu itu.  Segeralah engkau berhikayat, supaya kudengar."

Maka bayan pun sukacitalah mendengar kata Bibi Zainab itu lalu ia berhikayatlah.

Hikayat Bayan Budiman, 1966.
Fajar Bakti Sdn.  Bhd.
回复

使用道具 举报

Follow Us
 楼主| 发表于 14-8-2011 09:31 PM | 显示全部楼层
谢谢~!
回复

使用道具 举报

您需要登录后才可以回帖 登录 | 注册

本版积分规则

 

所属分类: 欢乐校园


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT


版权所有 © 1996-2023 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|IPSERVERONE 提供云主机|广告刊登|关于我们|私隐权|免控|投诉|联络|脸书|佳礼资讯网

GMT+8, 1-2-2025 06:19 AM , Processed in 0.112036 second(s), 24 queries , Gzip On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

快速回复 返回顶部 返回列表